Langkau ke kandungan
Jumaat, 18 September 2026 Surat Berita Acara Carian

Tony Fernandes Ingin Lancar Syarikat Penerbangan Baharu 

Oleh Aman · · 1 min bacaan

Tony Fernandes pada hari ini sedia terkenal dengan penawaran syarikat penerbangan pada harga mampu, AirAsia. Tidak setakat itu, kini Tony Fernandes berkongsi melalui sebuah temuramah, menyatakan ingin melancarkan syarikat penerbangan baharu tidak lama lagi.

Syarikat penerbangan baharu ini dijangka diumumkan dalam tempoh sekitar sebulan dua lagi. Tony Fernandes dilihat ingin mengambil peluang daripada krisis yang melanda industri penerbangan disebabkan oleh perang di Timur Tengah, selain harga minyak yang sedikit meningkat naik.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut berkenaan syarikat yang dikongsikan. Namun, dari segi perancangan, beberapa kapal terbang yang dibeli oleh AirAsia dijangka akan diposisikan semula untuk syarikat penerbangan baharu ini.

Tag: AirAsia Depan Tony Fernandes
Surat Berita

Ringkasan mingguan AmanzBiz

Berita Lain