Langkau ke kandungan
Rabu, 4 November 2026 Surat Berita Acara Carian

Nu Ideaktiv Kini Dijenamakan Semula Sebagai SeeNI

Oleh Aman · · 1 min bacaan

Nu Ideaktiv merupakan salah satu syarikat usahasama antara Astro dan juga Karangkraf. Ia telah dibentuk pada 2018 yang lepas, mengabungkan pelbagai jenama majalah Karangkraf dibawah satu bumbung, dan mempelbagaikan kandungan dalam pelbagai medium dan bentuk berbeza. Disamping itu, mereka juga telah melancarkan aplikasi SeeNI pada 2024 yang lepas, menghimpunkan pelbagai kandungan dibawah satu aplikasi – lebih kurang seperti Lumi dan juga NewsWav. 

Kini, dengan populariti dan penjenamaan SeeNI yang lebih meluas, pihak Nu Ideaktiv menjenamakan semula keseluruhan operasi mereka sebagai SeeNI – sekaligus memudahkan mereka bergerak pantas ke hadapan, dan mempelbagaikan lagi penawaran kandungan.

Selari dengan penjenamaan semula ini, beberapa bentuk kandungan baharu diumumkan, termasuk adaptasi novel ke siri TV, pembangunan drama mikro, pembangunan SeeNI Talent, dan beberapa yang lain – membolehkan pencapaian kandungan lebih meluas selari perkembangan digital masa kini.

Tag: Kandungan Kandungan Digital Media Digital Nu Ideaktiv SeeNi
Surat Berita

Ringkasan mingguan AmanzBiz

Berita Lain