3cat, salah satu firma dan platform memfokuskan kepada jualan peranti elektronik terpakai, kini mengumumkan telah meraih suntikan dana berjumlah $4 juta dalam terus membantu syarikat berkenaan untuk memperluaskan penawaran. Selari suntikan dana ini, 3cat turut mengumumkan perluasan model jualan peranti elektronik terpakai ini ke pasaran Filipina.

3cat telah diasaskan pada 2023 yang lepas dengan memfokuskan kepada penawaran atas-talian sebelum kini turut membuka sehingga 20 kedai sekitar Malaysia. 3cat memfokuskan kepada jualan peranti elektronik terpakai, dan dipadankan bersama dengan sokongan jaminan dan akses kepada pembiayaan. Ia diasaskan oleh Karl Loo dan juga Chris Ng (bekas eksekutif di Oppo Malaysia), dan Heinrich Wendel.
3cat menyatakan dengan masalah melibatkan semikonduktor dan harga peranti yang meningkat tinggi kebekalangan ini, ia turut memposisikan mereka dalam kedudukan strategik, terutamanya di negara membangun seperti Malaysia dan juga Filipina. Bergerak ke hadapan lagi, 3cat turut bercita-cita untuk memperluaskan penawaran mereka rentas pelbagai pasaran di Asia Tenggara, dan menjadi pilihan utama untuk peranti elektronik terpakai.