BateriHub Kini Mempunyai 200 Kedai – Akan Perluas Ke Malaysia Timur

Lain-Lain

BateriHub Kini Mempunyai 200 Kedai – Akan Perluas Ke Malaysia Timur

BateriHub merupakan salah satu penjual yang memfokuskan kepada jualan bateri kenderaan, termasuk khidmat menggantikannya. Ia beroperasi sejak 2011 yang lepas, dan telah membantu lebih 1 juta pelanggan. Terbaru, mereka turut mencatatkan rekod tersendiri, apabila berjaya membuka kedai yang ke 200 untuk BateriHub.

Kesemua 200 kedai juga adalah milikan penuh BateriHub, membolehkan mereka memberikan perkhidmatan kualiti yang konsisten, termasuk dari segi harga dan lain-lain.

Setakat Januari 2026, BateriHub kini meliputi lebih 500 kawasan perkhidmatan di 11 negeri, termasuk Lembah Klang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Untuk tahun ini juga, BateriHub menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatan ke Malaysia Timur menjelang suku ketiga 2026 kelak.

Penulis

Masa Baca

1 Minit