Star Media Group Menamatkan Operasi Untuk Portal Majoriti

January 31, 2026
Lain-Lain

Aman

Star Media Group yang terkenal dengan penawaran portal seperti TheStar dan Mstar, kini mengumumkan penamatan operasi untuk portal Majoriti. Langkah ini dikatakan sebagai sebahagian daripada penstrukturan strategik dan perancangan jangka panjang bagi kumpulan syarikat berkenaan.

Portal Majoriti sebelum ini menawarkan kandungan memfokuskan isu semasa, dan turut hadir dalam bentuk penerbitan dinamakan Majoriti 7 yang boleh didapati melalui beberapa lokasi khusus di seluruh negara dalam saiz akhbar.

Star Media Group menyatakan dengan langkah penamatan operasi portal Majoriti, ia akan membolehkan mereka menumpukan sumber dan usaha ke platfrom-platform lain. Bagi pembaca yang inginkan kandungan berbahasa Melayu daripada penerbit berkenaan, anda terus boleh meneruskan dengan mengikuti Mstar dan juga Kuali.com.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd