Maharsuri merupakan syarikat sebalik beberapa penerbitan digital popular. Antara jenama dibawah mereka adalah SiakapKeli dan juga Wiser. Melalui kedua-dua jenama ini, mereka sedia mencapai lebih 2 juta pengunjung bulanan ke web-web dibawah mereka.

Tidak setakat itu, kini dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan dalam arena sosial, Maharsuri turut hadir dengan jenama yang mengkhususkan penerbitan di media sosial, dinamakan Yakka!. Untuk makluman, sebelum ini mereka sedia bereksperimen bentuk kandungan berkenaan dibawah jenama Wiser Plus beberapa tahun yang lepas. Kini, mereka melancarkannya semula dibawah jenama Yakka!.
Dari segi kandungan, ia dilihat memfokuskan kepada perkongsian kandungan berinformasi, ceria dan juga berbentuk tekaria. Yakka dilihat telah mula menerbitkan kandungan dengan kerap melalui TikTok dan juga Instagram.

Dengan peralihan pengguna yang lebih meluangkan masa pada media sosial, terutamanya berbentuk video, ia dilihat langkah ini diambil oleh pihak Maharsuri dalam membangunkan jenama baharu. Buat masa ini, ia dikongsikan, tiada perancangan untuk pengenalan web khusus untuknya dalam masa terdekat ini.