Ekuiti Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Ekuinas merupakan sebuah firma memfokuskan pelaburan dan membantu syarikat tempatan dalam memperluaskan lagi pasaran mereka. Terbaru, Ekuinas dilihat telah melabur pada Shellys Marketing Sdn Bhd, iaitu syarikat sebalik jenama kasut popular, XES Shoes.

XES Shoes telah beroperasi sejak 2002 yang lepas, dan kini mempunyai 156 cawangan di seluruh Malaysia dengan penawaran pelbagai variasi produk kasut. Dengan penyertaan Ekuinas ini, jenama XES Shoes dijangka akan terus diperkukuhkan dalam arena runcit dan edagang.
Nilai pelaburan tidak dinyatakan buat masa ini. Namun, ia dikongsikan yang mana nilai industri runcit berasaskan gedung di Malaysia mencapai RM365.9 bilion menkelang 2029 kelak, dan ia turut memperlihatkan peluang cerah bagi ramai peserta dalam industri ini, termasuk XES Shoes.