TROOPERS Kini Dinilaikan Sekitar RM253.4 Juta – Platform Memfokuskan Pekerja Separuh Masa
Aman
TROOPERS merupakan salah satu platform yang memfokuskan memudahkan syarikat dalam mencari pekerja separuh masa – terutamanya untuk digunakan pada acara, atau untuk sebarang tugasan yang memerlukan tenaga kerja tambahan. Ia telah diasaskan pada 2017 yang lepas, dan berkembang pesat sejak itu. Pada 2023, TROOPERS telah diambil-alih oleh BetterPlace Global, dan turut memperluaskan penawaran ke pasaran Singapura.

Setakat ini, TROOPERS melalui laman rasmi mengatakan mereka telah menghubungkan sekitar lebih 500,000 syif kerja, dan telah membayar lebih RM46 juta kepada pekerja separuh masa ini.
Terbaru, TROOPERS telah menerima suntikan dana berjumlah RM31.2 juta daripada Crewstone International, sekaligus menilaikan syarikat berkenaan pada nilai RM253.4 juta. Dana ini dijangka akan terus membantu dalam perkembangan syarikat berkenaan, termasuk memperluaskan penawaran teknologi HR kepada syarikat dan firma di Malaysia dan Singapura.

Peralihan pasaran kerja kebelakangan ini juga dijangka memberikan kelebihan kepada platform TROOPERS, dimana syarikat lebih selesa mengambil pekerja separuh masa ketika peningkatan permintaan, dan tidak perlu risau akan untuk pengambilan pekerja bagi jangka masa panjang yang hadir dengan kos lain.