Wahed Bakal Perkenal Wahed Real Estate – Memiliki Hartanah Bersama Lain Dengan Serendah RM500
Aman
Wahed, aplikasi pelaburan robo patuh syariah kini dalam proses untuk memperkenalkan sebuah ciri baharu untuk pengguna tempatan, dinamakan Wahed Real Estate. Melaluinya, ia akan membolehkan pengguna melakukan pelaburan serendah RM500 dalam memiliki sebahagian pegangan pada hartanah, dan seterusnya menjana pendapatan melalui perkongsian pendapatan sewa dan sekiranya hartanah tersebut dijual pada masa akan datang.
Wahed turut menyatakan ini akan membolehkan pengguna membangunkan portfolio hartanah masing-masing tanpa perlu mengambil hutang dan lain-lain.
Wahed sedia memperkenalkan ciri lebih kurang sama di UK dan Amerika Syarikat buat masa ini. Setakat ini, mereka telah berjaya mendapatkan 24 hartanah, dengan melibatkan transaksi berjumlah $42 juta.
Buat masa ini, Wahed dilihat membuka pendaftaran minat untuk ciri baharu ini, dan dijangka membukanya secara terhad untuk peringkat awal ini.