MuslimPro Dalam Perancangan Memperkenalkan Ciri Kewangan Untuk Pengguna Malaysia

March 26, 2026
Lain-Lain

Aman

MuslimPro, salah satu aplikasi gaya hidup muslim yang popular, dan digunakan hampir 1 juta pengguna tempatan, kini menyatakan mereka dalam fasa membangunkan ciri baharu, iaitu ciri memfokuskan kewangan. Dengan langkah ini, selain mengikuti waktu solat, kandungan Islamik, al-Quran dan sebagainya, kini pengguna turut boleh belajar dalam pengurusan kewangan, serta mengakses sejumlah perkhidmatan terus pada aplikasi MuslimPro.

Buat masa ini, pihak MuslimPro tidak menyatakan sepenuhnya apakah ciri yang akan disertakan bersama. Tiada garis masa pengenalan juga dikongsikan, selain menyatakan ia akan hadir seawal tahun ini.

Malaysia dijangka akan menjadi negara pertama untuk pengenalan ciri ini. Selain perkhidmatan memfokuskan kewangan, pihak MuslimPro juga turut melakukan pelaburan tinggi dalam arena kandungan dibawah perkhidmatan penstriman QalBox.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd