Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Pada 2025 Menjana Jualan Berjumlah RM3.2 Bilion

February 26, 2026
Lain-Lain

Aman

Setiap kali tibanya Ramadan, salah satu lokasi yang menjadi kunjungan ramai adalah bazar Ramadan dalam mendapatkan makanan dan minuman untuk berbuka, dan ada yang turut singgah untuk mendapatkan makan malam. Berkongsi mengenainya, DOSM menyatakan pada tahun 2025 yang lepas, jualan di bazar Ramadan mencapai RM3.2 bilion, yang memperlihatkan peningkatan 12.9% berbanding tahun 2023 yang mencatatkan jualan sebanyak RM2.5 bilion.

Kenaikkan ini juga selari dengan peningkatan angka penjual di bazar Ramadan. Mengikut data DOSM, tahun 2025 menyaksikan sebanyak 96,549 gerai dibuka, berbanding 77,727 gerai pada 2023. Angka pembeli juga mencapai 281,876 orang pada 2025, berbanding 203,667 pada 2023.

Negeri dengan jualan paling tinggi adalah Selangor, yang mencatatkan sebanyak 15,000 gerai jualan, dan jualan berjumlah RM668 juta. Ia seterusnya diikuti dengan Johor dengan angka jualan sebanyak RM476 juta dan WP KL berjumlah RM381 juta.

Selain angka jualan, bazar Ramadan juga sering menyaksikan makanan lebihan yang tidak terjual. Untuk menguruskannya, 56.0% penjual mengatakan menawarkan diskaun pada barangan lebihan. Selain itu, mereka turut sedekah makanan lebihan kepada beberapa institusi terpilih, dan pada masa yang sama berkongsi antara penjual di bazar.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd