VentureTECH, salah satu firma pelaburan yang ditubuhkan kerajaan dengan mandat mengalakkan syarikat tempatan dalam industri bernilai dan berteknologi tinggi, kini mengumumkan pelaburan pada firma pendidikan TYMBA.

TYMBA merupakan salah satu firma pendidikan, dengan fokus terhadap pensijilan melibatkan perakauan dan kewangan. Melalui pelaburan ini, ia dijangka akan membantu TYMBA dalam beberapa perkara, termasuk dalam menambah-baik platform pengurusan pembelajaran dinamakan TYMBAflex, selain turut membolehkan TYMBA memperluaskan platform pembelajaran digital mereka ke rantau Asia Tenggara.
Selain itu, pelaburan ini turut akan menyokong usaha platform berkenaan dalam mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan, sekaligus membantu dalam pembelajaran dan pengajaran. Melalui penawaran platform digital serta model pembelajaran hibrid, ia dilihat memposisikan TYMBA sebagai antara penyedia pembelajaran profesional terbaik di Malaysia.
Nilai pelaburan tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.