Langkau ke kandungan
Khamis, 29 Oktober 2026 Surat Berita Acara Carian

ANTA Sport Mendapatkan Pegangan Sebanyak 29% Pada PUMA

Oleh Aman · · 1 min bacaan

ANTA Sport, salah satu jenama gaya hidup aktif popular, kini mengumumkan mereka akan mendapatkan pegangan sebanyak 29% pada PUMA. Jumlah pegangan berkenaan dinilaikan sekitar EUR 1.5 bilion dalam bentuk tunai.

Dengan langkah ini, ia sekaligus menjadikan ANTA Sport sebagai pemegang saham terbesar PUMA. ANTA menyasarkan langkah ini akan membantu mereka dalam terus memacu pasaran global, sekaligus memulakan fasa baharu syarikat berkenaan dalam pasaran gaya hidup aktif dan sukan.

PUMA sendiri sedia dikenali ramai di seluruh dunia, dan turut terkenal dalam arena sukan bola sepak, larian, bola keranjang, sukan motor, dan beberapa yang lain. ANTA menyasarkan jenama PUMA akan melengkapkan lagi kekuatan dan portfolio produk mereka rentas kategori dan pasaran.

Tag: ANTA ANTA Sport Depan Gaya Hidup Aktif Sukan
Surat Berita

Ringkasan mingguan AmanzBiz

Berita Lain