Yayasan Hasanah Membuka Pendanaan Untuk Perusahaan Sosial

Yayasan Hasanah sedia menawarkan sejumlah dana dalam menyokong projek-projek serta perusahaan yang memberikan impak sosial atau persekitaran. Terbaru, Yayasan Hasanah telah pun membuka pendaftaran untuk program pendanaan HSEF 2025.

Hasanah Social Enterprise Fund 2025 (HSEF 2025) menawarkan sokongan kewangan dan pendanaan untuk syarikat yang memfokuskan kepada misi berasaskan sosial atau persekitaran. Dana ini ditawarkan dalam usaha menyokong untuk memperluaskan penyelesaian inovasi yang dibangunkan oleh sesuatu syarikat berkenaan.

Dibawah program ini, pembiayaan sehingga RM750,000 ditawarkan mengikut kategori berbeza. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan permohonan melalui laman Yayasan Hasanah hari ini, dan mereka yang melepasi tahap saringan akan dihubungi untuk fasa seterusnya. Buat masa ini tiada tarikh akhir permohonan yang ditetapkan oleh Yayasan Hasanah.

0 Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.

Nama
Emel