Little Caliphs Menceburi Perkhidmatan Kandungan Digital Berbayar Khusus Kanak-Kanak Melalui Kidzori

Little Caliphs merupakan salah satu jenama tempatan yang tidak asing lagi memfokuskan kepada penawaran program pra-sekolah dan juga sekolah ria (playschool) kepada kanak-kanak. Pelbagai program pembelajaran mereka hadir dengan integrasi nilai-nilai Islam melaluinya.

Tidak setakat secara fizikal, kini Little Caliphs turut dilihat telah memperluaskan perkhidmatan mereka untuk turut meliputi kandungan digital, melalui perkhidmatan dinamakan Kidzori. Kidzori ditawarkan dalam bentuk berbayar, dan menawarkan kandungan dengan nilai-nilai murni kepada anak-anak dari umur 2 tahun ke 12 tahun. Pelbagai kandungan berbeza disusun, termasuk dari segi untuk kreativiti, sensory, komunikasi, keupayaan berfikir dan sebagainya.

Seperti pada penawaran Little Caliphs, pelbagai kandungan juga turut menekankan nilai gaya hidup Islam melaluinya. Buat masa ini, melalui Kidzori, sebanyak 14 program tersedia dengan harga purata RM14.90 untuk mengaksesnya.

Selain Kidzori, pihak Little Caliphs juga turut sedang dalam proses membangunkan perkhidmatan memfokuskan pembelajaran al-Quran, dinamakan Quran Guru. Perkhidmatan ini menyasarkan kepada kelas Iqra dan Al-Quran bagi kanak-kanak, dan turut ditawarkan secara atas-talian. Buat masa ini, ia belum dikongsikan lagi bilakah Quran Guru akan dilancarkan secara rasminya.

0 Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.

Nama
Emel