PayNet Hadir Dengan “Hab Fintech” Dalam Usaha Memacu Pertumbuhan Fintech Di Malaysia

Bagi ramai orang awam, nama PayNet mungkin suatu nama yang asing. Untuk makluman, PayNet merupakan syarikat induk disebalik sejumlah teknologi kewangan yang menguasakan Malaysia, termasuk FPX, DuitNow, MyDebit, ATM MEPS, JomPay, dan banyak lagi. Dengan kedudukan sebagai pemacu arena teknologi kewangan di Malaysia, kini PayNet turut memperkenalkan sebuah lagi inisiatif baharu, melalui pelancaran Hab Fintech PayNet.

Melaluinya, ia disasarkan untuk membentuk komuniti dan pembangunan syarikat berfokuskan kepada teknologi kewangan. Hab Fintech ini akan menjadi pusat sehenti dalam menghubungkan pengasas syarikat dengan pemain ekosistem dan industri lain dalam bertukar idea serta berkongsi pengetahuan.

Selari dengan pengenalan ini, syarikat startup boleh melakukan pendaftaran untuk menyertai Hab Fintech PayNet ini, dan menerima sokongan seperti bimbingan mentor, dan pembangunan, subsidi perkhidmatan, selain turut boleh membentangkan idea dan syarikat kepada para pelabur dan rakan kerjasama lain.

Bagi syarikat atau startup dalam arena fintech ini, anda boleh melakukan pendaftaran untuk menyertai Hab Fintech Paynet ini melalui halaman rasmi hari ini. Pendaftaran untuk fasa pertama ini dibuka sehingga 5 Jun 2025 kelak, dengan pertemuan komuniti pertama disasarkan pada 15 Julai 2025.

0 Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.

Nama
Emel