Mantayay Menerima Suntikan Dana Berjumlah $5 Juta Dalam Terus Menerajui Arena Ekonomi Pempengaruh
Aman
Mantayay, salah satu syarikat tempatan memfokuskan kepada pempengaruh dan media digital, kini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana berjumlah $5 juta. Suntikan dana baharu ini diterajui oleh Kairous Capital.

Mantayay telah diasaskan pada September 2021 dengan fokus terhadap TikTok, dan telah memperluaskannya dengan perkhidmatan pengurusan pempengaruh pada Jun 2022. Mantayay juga sebelum ini telah menerbitkan drama mikro 100 episod di TikTok yang telah menjana lebih 70 juta tontonan. Dibawah Mantayay, mereka mempunyai sejumlah IP yang diperluaskan dalam bentuk drama mikro, selain akses kepada lebih 4000 pempengaruh.
Pelaburan baharu ini dijangka akan terus membolehkan Mantayay menerajui dalam arena penghasilan kandungan, memperluaskan lagi capaian pempengaruh, selain turut memfokuskan kepada jualan langsung. Mantayay juga dikatakan akan menggunakan sebahagian dana dalam pembangunan kandungan dikuasakan kecerdasan buatan janaan.