TheVocket merupakan salah satu laman popular yang menerbitkan pelbagai artikel memfokuskan perkembangan tempatan. Ia pada mulanya hadir dengan fokus berkongsi perkara-perkara positif dan memberi inspirasi, namun selepas pengambil-alihan oleh Media Prima, fokus artikel berkenaan dilihat sedikit beralih dalam usaha mendapatkan lebih banyak angka kunjungan ke laman berkenaan.
TheVocket telah diasaskan pada Julai 2014, dan diterajui oleh Mohd Fazreen Jasni. Selang 4 tahun sejak diasaskan, The Vocket telah diambil-alih pegangan majoritinya iaitu sebanyak 52% pada nilai RM2.6 juta. Baki pegangan semasa yang dimiliki oleh Fazreen pada The Vocket adalah sebanyak 5%, sementara Jaffa Sany mempunyai pegangan sebanyak 43%.

Selepas 11 tahun menerajui The Vocket, kini Fazreen mengumumkan telah meninggalkan syarikat berkenaan, namun masih mempunyai pegangan saham pada syarikat tersebut. Sebelum Vocket juga, Fazreen pernah bereksperimen dengan beberapa perniagaan lain, termasuk menjual minyak wangi dan juga baju bundle.
Bercakap mengenai apa seterusnya, Fazreen berkongsi kepada kami yang mana beliau masih tiada sebarang perancangan kekal untuknya, dan masih sedang melihat kepada beberapa idea. Ini termasuk melihat kepada idea-idea yang tidak terlibat dengan arena digital, dan lebih kepada arena peruncitan.
Bersama-sama Fazreen, seorang lagi antara ahli terawal Vocket, iaitu Abdussalaam turut telah meninggalkan syarikat The Vocket.
buat arwah Faez Edzahar, sekurangnya usahamu menjadi inspirasi buat rakan-rakan yang lain