Krenovator Perkenal Platform Pencarian Pekerja Dikuasakan AI Untuk Temuduga
Aman
Beberapa bulan lepas, Krenovator telah menerima suntikan dana dalam pembangunan platform carian pembangun dikuasakan AI. Lanjutan daripadanya, kini mereka melancarkan sebuah penawaran baharu, iaitu platform pencarian pekerja dikuasakan dengan kecerdasan buatan yang melakukan tapisan awal untuk calon.

Dinamakan HastyHire, ia membolehkan syarikat untuk menyenaraikan pelbagai soalan yang perlu dijawab terlebih dahulu oleh calon atau pemohon, dan seterusnya kecerdasan buatan akan kategorikan calon yang sesuai kepada syarikat.
HastyHire ditawarkan secara percuma yang memberikan 7 kredit untuk percubaan. Sekiranya syarikat berminat, boleh melanggan pakej dengan kredit yang lebih banyak. Kredit digunakan untuk pelbagai perkara melibatkan penjanaan menggunakan kecerdasan buatan.
Dengan penawaran ini, Krenovator berhasrat boleh memudahkan syarikat dalam melakukan analisa dan pengambilan pekerja tanpa berat sebelah, dan berasaskan kepada data.