Foodie Media Ambil-Alih WTM Media Dalam Menambah Portfolio Kandungan Esukan
Aman
Foodie Media pada bulan Februari 2026 lepas, telah memeterai perjanjian kerjasama dengan WTM Media dalam memfokuskan kandungan esukan. Sejak daripada itu, beberapa podsiar kerjasama antara Foodie dan WTM telah dihasilkan bersama.
Kini, selang sebulan daripadanya, Foodie Media mengumumkan pengambil-alihan WTM Media. Dibawah perjanjian, Foodie akan membayar sebanyak RM250,000 dalam mendapatkan pegangan sebanyak 80% pada syarikat WTM Media Sdn Bhd.
WTM Media dilihat popular di laman Facebook, YouTube, TikTok dan juga Instagram. Portal untuk WTM Media dilihat tidak aktif, dan kemaskini terakhir dilakukan sekitar 2 tahun lepas. Namun, ini mungkin selari dengan pelbagai produk Foodie yang dilihat hanya aktif pada saluran media sosial, dan tidak mempunyai portal khusus.
Foodie Media mengatakan pengambil-alihan ini akan membolehkan mereka terus memperluaskan penawaran kandungan digital dalam arena esukan dan juga permainan video.