Carsome Meraih Suntikan Dana Baharu Berjumlah Lebih $30 Juta
Aman
Carsome kini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana baharu berjumlah lebih $30 juta daripada sejumlah pelabur, termasuk Hong Kong Investment Corporation Limited (HKIC), Gobi Partners, dan Asia Partners. Suntikan dana baharu ini dijangka akan membantu Carsome dalam terus memacu penjanaan keuntungan di rantau ini bagi tahun-tahun akan datang.

Carsome merupakan salah satu perkhidmatan tempatan yang menawarkan kemudahan jual-beli kenderaan, dan telah membentuk ekosistem disebaliknya, termasuk dari segi untuk pinjaman, baik-pulih kenderaan, penyelenggaraan kenderaan, dan sebagainya.
Seperti pelbagai syarikat lain, Carsome turut mengatakan dana ini akan digunakan dalam memacu penggunaan dan aplikasi kecerdasan buatan pada sektor automotif. Selain itu, ia juga dijangka membolehkan mereka meneroka perkhidmatan pengangkutan generasi baharu di rantau Asia Tenggara kelak.