Langkau ke kandungan
Khamis, 29 Oktober 2026 Surat Berita Acara Carian

Sasbadi Ingin Teroka Kerjasama Bersama Intel Untuk AI Dalam Sektor Pendidikan

Oleh Aman · · 1 min bacaan

Sasbadi kini telah memeterai perjanjian persefahaman antara Intel dan juga Maistorage Technology, dalam usaha untuk meneroka potensi kolaborasi dalam arena teknologi pendidikan, khususnya melibatkan kecerdasan buatan.

Sasbadi dilihat ingin membangunkan persekitaran pendidikan dan pembelajaran dikuasakan kecerdasan buatan, dan beroperasi luar-talian. Untuk tujuan tersebut, Sasbadi dijangka akan menggunakan kelebihan teknologi Intel dan juga platform AI milik MaiStorage.

Sasbadi merancang untuk menawarkan platform ini di rantau Asia Tenggara, dan akan mulakan penawarannya dengan kandungan yang dioptimasikan untuk pasaran Malaysia terlebih dahulu.

Untuk makluman, Sasbadi juga turut telah mengumumkan kerjasama dengan Agmo Holdings dalam membangunkan model kecerdasan buatan khusus dengan fokus terhadap pendidikan.

Tag: Sasbadi
Surat Berita

Ringkasan mingguan AmanzBiz

Berita Lain