Langkau ke kandungan
Khamis, 29 Oktober 2026 Surat Berita Acara Carian

CIMB Sedang Menguji Perkhidmatan Perbankan Baharu Yang Akan Ganti BizChannel@CIMB

Oleh Aman · · 1 min bacaan

CIMB sedia menggantikan penggunaan aplikasi CIMB Clicks dengan CIMB OCTO untuk para pengguna awam. Tidak setakat itu, kini CIMB turut sedang dalam proses untuk menggantikan perkhidmatan perbankan perniagaan mereka ke versi baharu, iaitu CIMB OCTO BIZ.

Melalui web rasmi CIMB, mereka menyatakan akan melakukan peralihan daripada BizChannel@CIMB kepada OCTO BIZ secara berfasa. Beberapa pengguna perniagaan telah pun menerima akses untuknya, dan boleh menggunakan ia dalam menguruskan perbankan menggunakan antaramuka lebih moden berbanding BizChannel@CIMB.

OCTO BIZ  menawarkan sokongan untuk pengguna melakukan perubahan pada paparan, membolehkan pengguna memilih ikon atau data apa yang perlu dipaparkan pada halaman utama aplikasi berkenaan. Buat masa ini, ciri pada OCTO Biz masih terhad, dan dijangka akan ditambah dari masa ke semasa, menjelang pelancaran rasmi untuk semua pengguna.

Tiada tarikh diberikan oleh CIMB untuk pelancaran umum OCTO BIZ ini, mahupun bilakah BizChannel@CIMB akan ditamatkan.

Tag: CIMB CIMB BIZ CIMB OCTO CIMB OCTO BIZ OCTO BIZ
Surat Berita

Ringkasan mingguan AmanzBiz

Berita Lain