BrioHR, salah satu syarikat tempatan memfokuskan kepada pembangunan platform khidmat sumber manusia, kini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana berjumlah RM30 juta. BrioHR menawarkan platform untuk pengurusan pekerja, gaji, pembayaran, dan sebagainya dibawah satu.
Setakat ini, BrioHR digunakan oleh lebih 1000 syarikat, meliputi pasaran Malaysia, Indonesia dan Singapura. Melalui suntikan dana baharu ini, ia menyasarkan untuk terus memperluaskan penawaran di rantau Asia Tenggara ini, selain turut mengintegrasikan sokongan AI dan sebagainya pada platform mereka dalam usaha memudahkan lagi proses pengurusan pekerja.
BrioHR sebelum ini telah ditubuhkan pada pada 2018 oleh Benjamin Croc dan Nabil Oudghiri, berpusat di Kuala Lumpur, dan turut pernah menyertai YC Combinator.