Langkau ke kandungan
Khamis, 29 Oktober 2026 Surat Berita Acara Carian

Google Membuka Permohonan Untuk Pendanaan Syarikat AI

Oleh Aman · · 1 min bacaan

Google kini telah membuka permohonan untuk “AI Futures Fund”, dimana Google menyediakan sokongan dan pendanaan untuk syarikat-syarikat yang sedang membangunkan produk dikuasakan kecerdasan buatan.

Dibawah AI Futures Fund ini, Google menyediakan akses awal kepada sejumlah model AI seperti Gemini dan Veo, selain turut menawarkan akses kepada pakar-pakar dalam Google untuk membangunkan produk anda. Selain itu, dalam terus membangunkan syarikat, sokongan pelaburan turut disediakan oleh Google, selain kredit untuk penggunaan perkhidmatan awanan seperti Google Cloud.

Bagi anda yang sedang bangunkan syarikat berasaskan AI, boleh melakukan permohonan untuk pendanaan ini melalui laman Google Labs hari ini.

Surat Berita

Ringkasan mingguan AmanzBiz

Berita Lain