Penjual Shopee Kini Dikenakan Caj Transaksi 4.5% Untuk Pembelian Melalui SPayLater

Berkuat-kuasa 8 Mei 2025, iaitu hari ini, Shopee telah mula mengenakan caj transaksi sebanyak 4.5% bagi sebarang transaksi yang dibayar oleh pembeli menggunakan SPayLater.

Bagi yang tidak kenali akan SPayLater, ia merupakan pilihan pembayaran BNPL (Beli Dahulu, Bayar Kemudian), yang ditawarkan pada Shopee. Pembeli yang menggunakan SPayLater boleh melakukan pembelian dan seterusnya membuat pembayaran secara ansuran antara 1 bulan ke 24 bulan.

Shopee mengaktifkan pilihan pembayaran SPayLater ini untuk semua penjual di platform mereka secara automatik. Sebelum ini, Shopee mengenakan caj transaksi sebanyak 3.5%, tetapi berkuat-kuasa hari ini, caj berkenaan ditingkatkan 1%, kepada 4.5%.

0 Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.

Nama
Emel