iMedia Tingkatkan Pegangan Pada Syarikat Sebalik WeirdKaya Kepada 80%

December 22, 2025
Lain-Lain

Aman

iMedia, salah satu syarikat milik Catcha Digital, hari ini mengumumkan mereka akan meningkatkan pegangan ekuiti pada Headline Media kepada 80%. Sebelum ini, pada 2023 yang lepas, iMedia telah mendapatkan pegangan sebanyak 30% pada Headline Media pada nilai RM1.24 juta.

Untuk penambahan 50% pegangan baharu ini, iMedia mengeluarkan dana sebanyak RM4 juta. Penambahan pegangan ini turut memperlihatkan keyakinan terhadap jenama berkenaan, dan potensi terhadapanya.


Headline Media mempunyai beberapa jenama popular dibawah mereka, termasuk WeirdKaya, LokLokWords dan juga EzLokal Food. Mengikut pemfailan untuk tahun berakhir Jun 2024, Headline Media menjana pendapatan sebanyak RM839,196 dan membawa keuntungan selepas cukai sebanyak RM138,755.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd