Langkau ke kandungan
Khamis, 29 Oktober 2026 Surat Berita Acara Carian

Luckin Coffee Dilaporkan Pertimbang Mengambil-Alih Blue Bottle Coffee

Oleh Aman · · 1 min bacaan

Luckin Coffee kini dilaporkan sedang pertimbang untuk melakukan bidaan pengambil-alihan kepada Blue Bottle Coffee yang dimiliki oleh Nestle. Langkah ini dijangka akan terus mengukuhkan kedudukan Luckin Coffee, dan pada masa yang sama turut menerima akses pasaran kepada kopi premium.

Disamping Blue Bottle Coffee, ia dikatakan Luckin tuurt pertimbangkan untuk Costa Coffee – namun, berkemungkinan besar mereka tidak akan mengambil-alih jenama kopi milik Coca-Cola berkenaan.

Luckin Coffee sedia ditawarkan di Malaysia, dan kini beroperasi dalam bentuk kafe, dan sering menawarkan diskaun kepada pengguna. Luckin turut menekankan kepada penggunaan aplikasi dalam memastikan operasi efisien, dan dapat menyasarkan diskaun bersesuaian kepada para pengguna melalui data yang dihimpunkan.

Buat masa ini, tiada sebarang komen berkaitan perkara ini oleh Coca-Cola mahupun Nestle.

Tag: Blue Bottle Coffee Depan Kedai Kopi Kopi Luckin Coffee
Surat Berita

Ringkasan mingguan AmanzBiz

Berita Lain