Shell kini membuka pendaftaran untuk program pembangunan usahawan, dibawah program Shell LiveWIRE. Melaluinya, mereka dengan idea yang inovatif akan diberikan pelaburan dan juga bimbingan dalam terus membangunkan idea dan produk.

Shell sedia menjalankan program ini selama sekian lama, dan kini pendaftaran untuk Shell LiveWIRE 2025 telah pun dibuka. Antara sektor yang difokuskan bawah Shell LiveWIRE 2025 ini adalah untuk impak sosial, kelestarian persekitaran dan juga inovasi perniagaan.
Bagi anda yang berminat, boleh melakukan permohonan melalui laman Shell LiveWIRE hari ini. Pendaftaran akan ditutup pada 12 Mei 2025 untuk Sarawak, 9 Jun 2025 untuk Sabah, dan 7 Julai 2025 untuk Semenanjung Malaysia.