99 Speedmart Kini Mempunyai 3000 Cawangan Kedai Dibawah Mereka
Aman
99 Speedmart merupakan jenama kedai serbaneka yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Ia terkenal dengan penawaran pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang sangat kompetitif, dan lebih rendah berbanding pelbagai kedai lain di pasaran.

Terbaru, 99 Speedmart mencatatkan rekod tersendiri, apabila membuka cawangan ke-3000 secara rasminya. Cawangan yang ke-3000 ini terletak di Caledonia Avenue, Bestari Jaya, Selangor.
Pembukaan pelbagai cawangan ini adalah selari dengan slogan syarikat berkenaan sendiri, iaitu “Dekat Lagi Murah” – yang menyasarkan cawangan kedai mereka berdekatan dengan kawasan berpenduduk.
Dengan angka cawangan yang banyak juga, ia secara langsung membolehkan 99 Speedmart mendapatkan bekalan barangan pada harga lebih rendah, sekaligus menawarkan barangan mereka pada harga murah kepada pelanggan.

Pada masa yang sama juga, 99 Speedmart masih mengekalkan komitmen mereka untuk mengambil tenaga kerja tempatan sepenuhnya untuk mengisi jawatan-jawatan di semua cawangan.
Selain di Malaysia, pada tahun ini juga 99 Speedmart telah membuka cawangan mereka di China – dalam terus memperluaskan jenama mereka ke peringkat global.