Anta Sports Dan Li Ning Dilaporkan Antara Yang Berminat Membeli Puma

November 28, 2025
Lain-Lain

Aman

Puma merupakan salah satu jenama yang terkenal dengan penawaran kasut dan juga pakaian sukan. Sejak selepas Covid-19 melanda, jenama berkenaan menghadapi cabaran, apabila pembelian tidak seperti ketika era Covid-19, sekaligus membuatkan mereka mempunyai lambakkan simpanan stok, serta kekurangan pembelian.

Ini sekaligus membawa kepada syarikat berkenaan kini melihat kepada beberapa kaedah dalam memastikan ia beroperasi dengan baik kembali, termasuk untuk menjualnya.

Beberapa laporan mengatakan terdapat beberapa pihak yang berminat untuk mendapatkannya, antaranya adalah Anta Sports dari China, Li Ning dari China dan juga Asics dari Jepun.

Pengambil-alihan jenama Puma dijangka memberikan pelbagai jenama ini, terutamanya Anta dan Li Ning, akses kepada pasaran barat. Dengan kelebihan syarikat China berkenaan, ia dijangka akan dapat mengembalikan Puma mekar seperti sebelum ini, dan boleh membantu dalam mengoptimasikan pelbagai perkara.

Buat masa ini, Puma tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan desas-desus pengambil-alihan ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd