J&T dan SPX Xpress Mempunyai 73.5% Pegangan Pasaran Kurier Di Malaysia

November 25, 2025
Lain-Lain

Aman

Perkembangan arena edagang turut membawa kepada kesan positif terhadap industri perkhidmatan kurier di Malaysia. Pada hari ini, terdapat 102 syarikat kurier berdaftar di Malaysia, dimana 21 adalah syarikat milikan luar, dan 81 syarikat milikan tempatan atau pegangan majoriti dimiliki pemilik tempatan.

Dari segi pegangan pasaran, 15 pemegang lesen kini menguruskan 98% penghantaran kurier di Malaysia. Ini adalah termasuk sejumlah syarikat besar, seperti J&T Express, SPX Xpress, Ninja Van, Pos Laju, GDEX, City-Link Express dan juga ABX Express.

Menyentuh mengenainya juga, ia dikongsikan dua syarikat mempunyai pegangan berjumlah 73.5% untuk pasaran kurier di Malaysia, iaitu J&T dan juga SPX Xpress. Kedua-duanya juga menjadi antara penghantar utama untuk perkhidmatan edagang, terutamanya untuk Shopee.

Perkara ini dikongsikan selari pihak kerajaan yang sedang melihat kepada mengkaji pengenalan harga lantai, dalam memastikan industri penghantaran dan kurier di Malaysia terus sihat. Kerajaan dijangka mengambil-kira sejumlah perkara dalam perkara ini, termasuk dari segi kos dalam mengekalkan kualiti.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd