FeedMe Meraih Suntikan Dana $5 Juta – Platform POS Untuk Restoran
Aman
FeedMe, salah satu penyedia perkhidmatan POS untuk restoran yang berpangkalan di Malaysia, hari ini mengumumkan telah meraih suntikan dana berjumlah $5 juta. Suntikan dana ini diterajui oleh Integra Partners dan juga disertai Cento Ventures.

FeedMe menawarkan platform operasi untuk perjalanan restoran yang lancar, mengintegrasikan sokongan titik jualan POS, integrasi einvois, penghantaran, pengurusan giliran pelanggan, perakaunan, dan juga sistem paparan dapur. Ia turut mengintegrasikan sokongan tambahan seperti HRM dan CRM melaluinya.
FeedMe dioptimasikan untuk penggunaan restoran, dan kini digunakan lebih 11,000 peniaga di Asia Tenggara. Antara pelanggan utama FeedMe adalah termasuk seperti ZUS Coffee, Salad Atelier dan juga Mixue. FeedMe telah diasaskan pada 2019 oleh Squall Tan dan Lo King Wei, dan berpusat di Johor.

Suntikan dana baharu ini akan digunakan dalam terus memperluaskan FeedMe di Thailand, selain turut meningkatkan sokongan dan penambah-baikkan melalui integrasi AI. Disamping itu, FeedMe turut menyasarkan memperkenalkan akses kemudahan pinjaman bagi peniaga dibawah mereka.