Taobao Umum Kerjasama Strategi Bersama Foodie Media – Memfokuskan Arena Pempengaruh
Aman
Taobao, salah satu laman edagang milik Alibaba Group, hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Foodie Media – yang sedia terkenal dengan saluran seperti KL Foodie dan beberapa yang lain.

Dibawah kerjasama ini, Foodie Media dan W Talent akan menyasarkan dalam menghimpunkan lebih 200 penghasil akndungan dalam menghasilkan kandungan yang menarik, selain melakukan sesi jualan langsung interaktif melalui pelbagai platform media sosial. Ini sekaligus akan memfokuskan produk-produk popular pada Taobao, termasuk mengetengahkan pelbagai produk dan penceritaan melaluinya.
Antara kategori produk yang dijangka akan menjadi fokus utama melalui kerjasama ini adalah termasuk pakaian, deko rumah, sukan, permainan, dan juga perabot. Foodie Media turut akan menyediakan bantuan dan tunjuk ajar untuk penghasil kandungan, termasuk menyediakan akses kepada fasiliti yang diperlukan, dan juga sokongan untuk jualan langsung.
Kerjasama ini juga diumumkan diambang pihak Foodie Media yang kini dalam persiapan melakukan tawaran awam untuk saham mereka melalui Bursa Malaysia.