AEON Bank Akan Menerima Suntikan Dana Baru Berjumlah RM250 Juta

November 8, 2025
Lain-Lain

Aman

AEON Bank merupakan bank digital patuh syariah pertama di Malaysia, yang dioperasikan dibawah jenama popular AEON. Ia antara lima bank digital tempatan yang beroperasi secara digital sepenuhnya, menawarkan akses kepada kad bank, dan juga perkhidmatan seperti takaful.

Terbaru, AEON Bank dilihat akan menerima suntikan dana baharu berjumlah RM250 juta, dalam terus memperkembangkan perkhidmatan berkenaan. Tiada sebab khusus atau fungsi khusus yang akan dibangunkan yang diumumkan pihak AEON selari suntikan dana ini. AEON Credit akan melakukan suntikan sebanyak RM125 juta, dan turut akan dipadankan dengan jumlah sama oleh AEON Financial Services Co. Ltd.

Urusan melibatkan pelaburan ini dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang awal tahun 2026, memandangkan masih perlu menerima “lampu hijau” daripada pihak Bank Negara Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd