SIDEC Membuka Permohonan Untuk Program Pembangunan Idea Peruncitan – Menawarkan Ganjaran Sehingga RM300,000

SIDEC (Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation) kini hadir dengan sebuah program baharu dalam membangunkan idea-idea melibatkan arena peruncitan. Dinamakan Selangor Retail Tech Xccelerator Programme (Retail-X) 2025, ia menawarkan program pembangunan selama 12 minggu, dan menyediakan ganjaran sehingga RM300,000 untuk 30 syarikat PKS yang terpilih.

Program Retail-X ini akan memfokuskan kepada penawaran menyasarkan perniagaan B2C, termasuk dalam menambah-baik operasi menggunakan teknologi pintar untuk pengurusan, pemasaran dan strategi pelbagai saluran. Ia juga akan menyaksikan mentor-mentor daripada syarikat seperti AEON, RHL Ventures, F&N, Shopline Malaysia dan sebagainya berkongsi pengalaman dan pendapat mereka.

Program ini akan turut menyertakan sebuah Demo Day pada penghujungnya, dimana 20 usahawan akan mempersembahkan idea mereka kepada pelabur, dan 10 pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM50,000.

Untuk menyertainya, sesuatu syarikat mestilah berdaftar kurang 7 tahun, mempunyai GMV antara RM1 juta ke RM10 juta setiap tahun, dan mempunyai sekurang-kurangnya satu laporan kewangan beraudit. Program ini akan berlangsung antara Julai sehingga September 2025.

Bagi anda yang berminat, boleh lakukan pendaftaran untuk program Retail-X ini bermula hari ini sehingga 27 Jun 2025 kelak.

0 Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.

Nama
Emel