HasanVC merupakan salah satu firma pelaburan dan pembangunan usahawan di Malaysia. Mereka sedia melabur pada sejumlah syarikat, termasuk Durioo, ILuvQuran, GoBarakah, ReyHut, dan banyak lagi. Terbaru, HasanVC turut membuka permohonan untuk menyertai program pembangunan usahawan “Entreprenuer in Residence” di Kota Bharu, Kelantan.

Dibawah program ini, anda akan dihubungkan bersama pelbagau usahawan lain, dan bersama membangunkan produk dan syarikat. Memulakan inisiatif ini adalah dengan program selama 15 hari dalam pembangunan idea dan seterusnya akan berpeluang ke fasa kedua, dengan fokus kepada pembangunan idea berkenaan dalam tempoh 1 bulan di Venture Studio oleh HasanVC. Mereka yang ke fasa kedua berpeluang menerima suntikan dana pelaburan berjumlah sehingga RM380,000.
Seterusnya, idea yang baik dan pasukan berprestasi tinggi akan diberikan peluang menyertai HASAN.VC Accelerator Cohort 3 yang menawarkan akses kepada mentor dan dana pembangunan tambahan. HasanVC mengatakan Venture Studio ini akan berpusat di Kijo.my, Kota Bharu.
Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran melalui halaman khas di HasanVC untuk Venture Studio di Kota Bharu.