Syarikat induk Shopee, Sea sedia mempunyai sejumlah perkhidmatan dibawah mereka. Salah satunya adalah perkhidmatan memfokuskan kewangan digital, dinamakan SeaMoney. Terbaru, mereka telah menjenamakan semula ia kepada nama baharu, iaitu Monee.

Penggunaan nama Monee dikatakan membawakan ritma lebih kurang seperti Shopee, dengan akhiran dwi-huruf E. Disamping itu, ia juga dijangka akan memudahkan lagi penjenamaan oleh Sea untuk penawaran mereka.
Monee akan menguruskan sejumlah produk dibawah mereka, khususnya pada kewangan, termasuk ShopeePay, SPayLater, SLoan, dan juga penawaran bank digital.
Penjenamaan ini juga hadir selepas Sea memperkenalkan aplikasi khusus ShopeePay kepada pengguna tempatan baru-baru ini. Selain daripadanya, konsortium Sea dan YTL juga kini dalam persiapan melancarkan bank digital mereka tersendiri untuk pasaran tempatan, dinamakan Ryt Bank.