Magma Group Berhad merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan arena pengurusan hotel, dan mempunyai beberapa hotel dibawah mereka. Antaranya adalah Hotel Impiana KLCC, WOLO Kuala Lumpur, Hotel Impiana Ipoh dan Hotel Impiana Senai.

Dalam usaha mempelbagaikan lagi sumber pendapatan, terbaru mereka telah membentuk syarikat usahasama bersama Chagee, dinamakan Chagee Magma Sdn Bhd. Melalui syarikat usahasama ini, mereka akan memperluaskan dan membuka sekitar 300 cawangan Chagee di Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun akan datang ini.
Magma mempunyai pegangan sebanyak 40% pada syarikat usahasama baharu ini, sementara Chagee pula miliki pegangan sebanyak 60%.
Untuk makluman, Chagee sebelum ini telah memasuki pasaran Malaysia pada 2019 yang lepas dengan menggunakan nama BaWangChaJi. Namun, pada 2021, mereka menyelarikan penjenamaan global, dan menggunakan nama Chagee. Pada hari ini, Malaysia dikatakan sebagai pasaran Chagee terbesar di dunia, diluar China. Chagee memfokuskan kepada penawaran minuman teh premium, dimana pelbagai variasi ditawarkan oleh mereka kepada pengguna.