StoreHub Kini Mempunyai Lebih 20,000 Peruncit – Menerima Suntikan Dana Pelaburan Baru
Aman
StoreHub merupakan salah satu penyedia sistem operasi peruncitan yang digunakan meluas di Malaysia. Mengikut data terbaru yang dikongsikan, StoreHub menyatakan mereka mempunyai lebih 20,000 peruncit yang menggunakan sistem mereka, rentas Malaysia, Filipina, Thailand dan juga Jepun. StoreHub menyatakan mereka memproses lebih 200 juta transaksi setiap tahun, melibatkan nilai sekitar $3.5 bilion setahun.

Terbaru, ShardLab melakukan pelaburan strategik pada StoreHub. Nilai pelaburan tidak dinyatakan buat masa ini. ShardLab merupakan bahagian inovasi dibawah Hashed yang memfokuskan kepada pelaburan Web3 di Asia.
Melalui pelaburan ini juga, kedua-dua syarikat akan membentuk usahasama dalam meneroka pengalaman baharu untuk pengguna dan pelanggan melibatkan pembayaran dan juga ganjaran. Usahasama ini juga dijangka membolehkan mereka bereksperimen dengan pelbagai produk dan inisiatif, dan meneruskan apa yang sesuai untuk peruncit dan pelanggan sahaja.
Info penuh berkenaan usahasama ini dijangka dikongsikan dari semasa ke semasa.