Farm Fresh Ambil-Alih Satu Lagi Jenama Ais Krim Dibawah Mereka
Aman
Farm Fresh, jenama susu tempatan sedia mengambil-alih dua jenama ais krim dibawah mereka sebelum ini, iaitu Inside Scoop dan juga Sin Wah. Tidak setakat itu, kini Farm Fresh mengumumkan pengambil-alihan satu lagi syarikat ais krim berpusat di Sabah, dan menghasilkan ais krim dibawah jenama Amelia.

Dengan pengambil-alihan ini, Farm Fresh sekaligus menerima akses kepada lebih 3,500 peti sejuk beku sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Inanam, termasuk 25 lori pengedaran di sana. Kilang pengeluaran Amelia juga dijangka akan digunakan dalam membolehkan pengedaran dan proses pempasteuran produk Farm Fresh di Sabah, Sarawak dan Brunei.
Harga pengambil-alihan ini tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini. Sebelum ini, pada 2024 yang lepas, Farm Fresh telah ambil pegangan 70% pada Sin Wah dengan nilai RM28.4 juta, dan pada 2023 yang lepas, mereka telah ambil-alih pegangan 65% pada Inside Scoop pada nilai RM83.9 juta. Selain kedua-dua jenama berkenaan, Farm Fresh juga turut telah mula memasarkan produk ais krim mereka sendiri dibawah jenama Cream Hauz.
Langkah ini juga dilihat selari dengan sasaran Farm Fresh untuk mendapatkan pegangan pasaran yang tinggi dalam sektor Horeca (Hotel, Resotran dan Kafe). Selain produk untuk pasaran awam dan meluas, Farm Fresh juga kebelakangan ini turut memfokuskan kepada beberapa jenama khusus meliputi pasaran premium, serta mempelbagaikan lagi penawaran produk mereka selain hanya produk susu.