67% Pengeluar Ramuan Halal Malaysia Adalah Syarikat Bukan Muslim
Aman
Timbalan Perdana Menteri yang juga pengerusi Majlis Halal Negara, kini berkongsi salah satu statistik menarik, menyatakan sebanyak 67% pengeluar untuk ramuan halal di Malaysia adalah terdiri daripada syarikat bukan berstatus Islam. Selari dengannya, beliau mengalakkan untuk syarikat milik Muslim untuk lebih terbuka dalam menyertai arena berkenaan, dan turut menjalinkan kerjasama strategik dengan pemain industri bukan Muslim.

Data ini dikongsikan ketika Majlis Pelancaran Ekosistem Halal MARA. Kerjasama rentas syarikat juga dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam industri dan ekosistem halal.
Selain itu, ia turut ditekankan yang mana para usahawan perlu melihat halal lebih jauh lagi berbanding hanya sektor makanan, dan MARA akan menyokong ke arahnya. Pada masa yang sama, ia turut dikongsikan yang pelbagai produk keluaran usahawan Mara akan dipasarkan di Asia Barat melalui rangkaian pasaraya Lulu Hypermarket pada tahun ini.