Hata Meraih Suntikan Dana Pelaburan $8 Juta – Diterajui Bybit

April 21, 2026
Lain-Lain

Aman

Hata, salah satu penyedia bursa dagangan aset digital di Malaysia, kini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana pelaburan berjumlah $8 juta. Pelaburan ini diterajui oleh Bybit. Untuk makluman, Bybit kini menduduki tangga kedua dari segi nilai dagangan melibatkan kriptowang pada peringkat global.

Untuk makluman, sebelum ini, Bybit sedia melakukan pelaburan pada Hata pada 2024 lepas, sebelum SC mengharamkan operasi Bybit di Malaysia, kerana tidak mempunyai lesen operasi yang sah.


Selain dari segi dana pelaburan, penyertaan Bybit juga dijangka boleh memacu inovasi produk melibatkan kriptowang untuk Hata, selain turut memacu pembangunan ekosistem aset ditokenkan. Hata juga dijangka akan menggunakan dana untuk pemasaran serta meningkatkan lagi angka pengguna platform mereka.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd