BuzzFeed Yang Pernah Gah Suatu Ketika Dahulu, Kini Diambang Muflis

March 18, 2026
Lain-Lain

Aman

BuzzFeed merupakan salah satu jenama media digital antarabangsa yang popular, sering menawarkan kandungan tular melalui pilihan tajuk dan susunan kandungan yang mesra pengguna digital. Namun, kebelakangan ini, sejak perubahan pada algoritma, selain cabaran lain dalam arena media digital, kini BuzzFeed dilihat turut menghadapi cabaran dalam perniagaan mereka.

Melalui laporan penyata tahunan terbaru, BuzzFeed menyatakan mereka mempunyai cabaran dalam meneruskan perniagaan mereka. Dan untuk mengatasi tujuan berkenaan, mereka telah memulakan perbincangan strategik dalam terus mengoptimasikan perniagaan mereka.

BuzzFeed sebelum ini mempunyai hutang mencapai $165 juta sekitar tiga tahun dahulu, dan hutang berkenaan masih belum diselesaikan sepenuhnya. Selain itu, mereka turut menghadapi cabaran dalam terus meningkatkan angka pengguna harian dibawah jenama mereka.

Sebelum ini, beberapa syarikat media digital turut menghadapi cabaran untuk kekal dalam perniagaan, dan ada antaranya yang telah muflis, termasuk Vice yang popular suatu ketika dahulu.

Untuk BuzzFeed, sebelum ini mereka telah menutup operasi BuzzFeed News, dan menjual Complex Networks. DIbawah mereka kini terdapat jenama seperti Huffington Post dan juga Tasty.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd