Langkau ke kandungan
Jumaat, 18 September 2026 Surat Berita Acara Carian

Lotuss Stores Malaysia Mengambil-Alih Syarikat Sebalik Village Grocer, Pasaraya OTK Dan Ben’s Independent Grocer Pada Nilai RM1.7 Bilion

Oleh Aman · · 1 min bacaan

The Food Purveyor merupakan pemilik disebalik beberapa jenama pasaraya, termasuk antaranya adalah Village Grocer, Ben’s Independent Grocer, Pasaraya OTK, BSC Fine Foods dan juga The Food Merchant. Terbaru, syarikat CP Axtra mengumumkan pengambil-alihan The Food Purveyor pada nilai RM1.7 bilion.

Proses pengambil-alihan ini dijangka selesai sepenuhnya menjelang suku ke-4 2026 ini, memandangkan ia perlu melalui pelbagai proses pengesahan daripada pihak berkuat-kuasa sebelum diambil-alih sepenuhnya.

Untuk makluman, CP Axtra melalui CP Group turut mempunyai operasi pasaraya Lotus’s di Malaysia. Dengan pengambil-alihan The Food Purveyor ini akan membolehkan mereka turut mempunyai pasaran pasaraya premium di Malaysia, serta memperluaskan lagi pegangan pasaran mereka di Malaysia.

Tag: Ben's Independent Grocer CP Axtra CP Group Pasaraya OTK Village Grocer
Surat Berita

Ringkasan mingguan AmanzBiz

Berita Lain