Takaful Ikhlas Kini Dalam Proses Mencari Pemilik Baharu
Aman
Takaful Ikhlas merupakan salah satu penyedia perkhidmatan dan produk insurans kepada orang ramai yang patuh syariah. Ia telah diasaskan pada 2002 yang lepas, dan mempunyai sekitar 2 juta pemilik polisi dibawah mereka.

Terbaru, syarikat pemilik Takaful Ikhlas, iaitu MNRB dilaporkan telah menerima kebenaran daripada pihak Bank Negara Malaysia dalam membolehkan mereka memulakan perbincangan untuk menjual Takaful Ikhlas kepada pemilik baharu. Dibawahnya, MNRB boleh memulakan perbincangan dengan tiga pihak, iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Great Eastern Life Assurance Malaysia dan juga Takaful Malaysia.
Apa pun, terdapat juga kemungkinan yang mana perbincangan ini tidak membuahkan hasil, dan Takaful Ikhlas terus beroperasi dibawah MNRB seperti pada masa kini. Takaful Ikhlas dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion.