Salah satu syarikat tempatan kini sedang dalam fasa pembangunan aplikasi peneman untuk ibadah Umrah, yang hadir dengan bantuan dikuasakan kecerdasan buatan janaan, dinamakan MySafar. Aplikasi yang dibangunkan di Malaysia ini dipertontonkan bersempena dengan acara WebSummit yang berlangsung di Doha pada minggu ini.

MySafar bertujuan untuk membantu mereka yang melakukan ibadah Umrah secara sendiri untuk merancang, bergerak dan melakukan ibadah dengan lebih yakin.
MySafar akan membantu dalam pengguna meneroka daripada pembelian tiket penerbangan, sehinggalah untuk pengurusan aturcara dan lain-lain dalam menjadikan ibadah lebih lancar, terutamanya untuk mereka yang melakukan Umrah DIY.
Buat masa ini aplikasi ini masih dalam peringkat pembangunan, dan dijangka diperkenalkan kelak pada tahun ini. Bagi pengguna yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat melalui laman rasmi MySafar hari ini.