GrabFood Dilihat Memegang 67% Pasaran Penghantaran Makanan Di Malaysia

Lain-Lain

GrabFood Dilihat Memegang 67% Pasaran Penghantaran Makanan Di Malaysia

Momentum Works kini telah menerbitkan laporan dan analisa mereka untuk pasaran penghantaran makanan di rantau Asia Tenggara bagi tahun 2025, sekaligus memperlihatkan Grab mendominasi pasaran melalui GrabFood. Secara keseluruhan, ia dilihat GrabFood memegang 55% pasaran di rantau Asia Tenggara ini.

Di Malaysia khususnya, Grab mempunyai pegangan lebih besar, iaitu 67% pasaran. Ini diikuti dengan FoodPanda sebanyak 22% pasaran penghantaran makanan, dan ShopeeFood pula 11% pasaran penghantaran makanan.

Grab dilihat mempunyai pegangan majoriti di Malaysia, Singapura dan Filipina – masing-masing dengan pegangan melangkaui 60%. Pasaran penghantaran makanan di Malaysia sendiri dilihat agak besar, dimana ia dianggar bernilai sekitar $3.1 bilion.

Untuk tahun ini, beberapa pihak dilihat akan memasuki pasaran Malaysia dalam industri sama, sekaligus mencabar pasaran yang didominasi oleh Grab ini. Salah satu yang diperkatakan adalah Maxim.

Penulis

Masa Baca

1 Minit