ZUS Rancang Buka 50 Cawangan Di Thailand Pada 2026

January 31, 2026
Lain-Lain

Aman

ZUS sedia memperkembangkan penawaran mereka di beberapa buah negara, dan salah satu yang terbaru mereka teroka adalah di Thailand. Selari dengannya, kini pihak ZUS berkongsi mengatakan mereka menyasarkan untuk membuka sekitar 50 cawangan di Thailand pada 2026.

Dengan langkah ini, ZUS terus ingin memperkukuhkan kedudukan dalam arena kopi di rantau Asia Tenggara. Selain Malaysia dan Filipina, ZUS turut mempunyai operasi di Singapura, Brunei dan Thailand. Mereka turut menyasarkan untuk membuka operasi di Indonesia dalam masa terdekat.

Selain penawaran minuman, ZUS turut menggunakan aplikasi mereka dan penggunaan data dalam membuat pelbagai keputusan dan promosi kepada pelanggan. Ini secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada pihak ZUS berbanding jenama kopi lain di pasaran.

Setakat hari ini, ZUS mempunyai sekitar lebih 1000 cawangan di rantau Asia Tenggara ini, dan majoritinya di Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd