Salesforce Memperluaskan Program Startup Ke Malaysia

January 20, 2026
Lain-Lain

Aman

Salesforce, salah satu syarikat teknologi terkemuka dunia, hari ini mengumumkan perluasan program pembangunan syarikat rintis, atau Salesforce Startup Program untuk syarikat-syarikat di Malaysia.

Melalui program ini, pihak Salesforce akan membantu dalam memberikan akses kepada ekosistem, bantuan pengajaran, serta bantuan dari segi pemasaran. Program ini telah diperkenalkan sejak 2021, dan kini turut diperluaskan untuk syarikat Malaysia.

Di rantau Asia Tenggara ini, negara lain yang turut dibuka penyertaan ke Salesforce Startup Program adalah Singapura dan juga Filipina.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman rasmi Salesforce Startup Program, dan melakukan permohonan sekiranya berminat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd